Sunday 12 June 2016

Cerita pasal Barsisah.

Barsisah ialah saorang ulamak yang sangat terkenal. Dia mempunyaai ramai murid dan ada diantara mereka yang boleh berjalan diatas air dengan izin Allah SWT. Oleh kerana kehebatan beliau yang sangat cemerlang semua syaitan berputus asa untuk mengalahkan Barsisah. Dan oleh kerana memang matlamat syaitan untuk menyesatkan manusia maka semua syaitan telah berbincang untuk memilih siapa diantara mereka yang boleh menyesatkan Barsisah. Setelah berbincang salah satu dari mereka bernama Iblis telah sangup untuk diberi tugas untuk menyesatkan Barsisah.
Iblis telah datang kepada Barsisah dan menyamar untuk menjadi saorang murid. Setelah dapat izin untuk belajar Iblis sentiasa dekat dengan Barsisah berpura pura belajar dengan tekun. Tiap tiap hari apa yg dibuat oleh Barsisah diikutinya. Malahan dia buat dengan lebih baik lagi dari apa yang diajar kepada dia, sehingga Barsisah pon menjadi hairan. 
Pada satu hari Barsisah telah datang kepada Iblis dan bertanya macam mana dia boleh beramal dengan lebih baik darinya. Iblis telah buat cerita yang pada masa dahulu dia ialah saorang yang jahat dan selalu membuat maksiat. Tetapi dia telah sedar kesalahan dia buat dan dia telah bertaubat. Itulah sebab dia boleh beramal lebih baik dari Basisah. Kata Iblis kepada Barsisah lagi.. 'Jika Tuan hendak beramal dengan baik buatlah dosa dan bertaubat.'
Barsisah terfikir munkin betul apa yang Iblis katakan. 
Barsisah bertanya kepada Iblis dosa apa yang dia boleh buat dan kemudian bertaubat.
Iblis berkata 'buatlah dosa yang tidak melibatkan orang lain. Supaya dia boleh minta ampun kepada Allah SWT sahaja.'
Barsisah bertanya lagi 'dosa apakah itu.'
Iblis berkata 'Tuan boleh minum arak. Kerana minum arak tidak melibatkan orang lain.'
Iblis sangat gembira kerana telah berjaya memberi nasihat palsu kepada Barsisah. 
Esoknya Barsisah telah menyamar sebagai orang biasa dan pergi ketempat menjual arak. Oleh kerana tidak pernah merasa arak Barsisah terus mabuk setelah meminum arak. Dalam keadaan mabuk saorang perempuan lalu dekatnya dan nafsunya terus datang untuk berzina dengan perempuan itu. Malangnya laki perempuan itu ada disitu dan telah berlaku pergaduhan antara Barsisah dan laki perempuan itu. Dalam pergaduhan itu Barsisah telah dapat membunuh laki perempuan itu dan akhirnya dia ditangkap kerana membunuh.
Barsisah didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati.
Sebelom hukuman mati dijalankan Iblis datang kepada Barsisah dan berkata dia yang bersalah menyuruh Barsisah minum arak. Tetapi Iblis berkata dia boleh lepaskan Barsisah dari hukuman mati itu dengan syarat Barsisah tunduk kepada Iblis. Apabila Barsisah tunduk kepada Iblis hukuman itu dijalankan dan matilah Barsisah dalam keadaan kafir kerana menyembah Iblis.
Waallahu aklam.

Barsisa Worshipper - Deception From Shaytaan

Barsisa Worshipper - Deception From Shaytaan